Wednesday, December 12, 2018

Skeenz Balm Tasneem Naturel

Skeenz balm Tasneem Naturel sesuai untuk masalah kulit sensitif, gatal-gatal, ruam dan ekzema.



Cara penggunaan Skeen Balm:
Sapu pada bahagian kulit yang bermasalah.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya;
Norfaieza 
012 - 220 2394

Tuesday, December 11, 2018

T-Rub Balm Tasneem Naturel

T-Rub balm Tasneem Naturel sesuai untuk sakit perut, gastrik, kembung perut, cirit-birit, sembelit dan membantu masalah penghadaman.





Cara penggunaan T-Rub Balm Tasneem Naturel adalah seperti dalam gambar kat atas. 



Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya;
Norfaieza
012 - 220 2394

Monday, December 10, 2018

CF-Rub Balm Tasneem Naturel

CF-Rub Balm Tasneem Naturel sesuai untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asma, mencairkan kahak dan mengurangkan suhu ketika demam.





Cara penggunaan CF-Rub Balm Tasneem Naturel adalah seperti dalam gambar kat atas. 



Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya;
Norfaieza
012 - 220 2394



Sunday, December 9, 2018

Sleep Time Balm Tasneem Naturel


Sleep Time balm Tasneem Naturel  sesuai untuk membantu anak anda supaya mudah lena dan bangun dalam mood ceria. 




Cara penggunaanSleep Time Balm Tasneem Naturel adalah seperti dalam gambar kat atas. 



Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya;
Norfaieza
012 - 220 2394

Saturday, December 8, 2018

Calm Time Balm Tasneem Naturel

Calm Time Balm Tasneem Naturel sesuai untuk bayi yang meragam (tantrum). Ia membantu anak anda menjadi lebih tenang dan ceria.




Cara penggunaan Calm Time Balm Tasneem Naturel adalah seperti dalam gambar kat atas. 



Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya;
Norfaieza
012 - 220 2394

Friday, December 7, 2018

Pendaftaran Pengedar Tasneem Naturel - Tasneem Rangers



Sertai kami sebagai pengedar Tasneem Naturel iaitu #tasneemrangers dengan pakej bisnes bernilai RM400 sahaja (dapat produk dan pelbagai keistimewaan lain!)

Jom sama-sama jana pendapatan dan bina empayar bisnes bersama Tasneem Naturel dan team saya Amor Queen. 


Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Norfaiza: 012 - 220 2394

Thursday, December 6, 2018

FAQ Tasneem Naturel

Siapa yang boleh guna balm TN?
Balm TN boleh dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.


Newborn boleh guna ke?
Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima.


Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 
Kami tidak menyarankan kepada bayi pra-matang. (Kelahiran di bawah 37 minggu), kerana hati (organ) si kecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.


Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-Rub. T-Rub membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat di-nyah-kan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan T-Rub. Namun begitu, kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.


Balm ini panas tak?
Balm ini tidak panas.


Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.


Balm ada expired date?
1 tahun selepas buka, 2 tahun jika belum dibuka


Sijil KKM ada tak?
Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
Sleep: NOT 170403429 K
Calm: NOT 170401988 K
CF-Rub: NOT 170402785 K
T-Rub: NOT 170402673 K
Skeenz: NOT 108405139 K


Ibu mengandung boleh guna?
Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandung.


Sleep Time tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki. Kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi? 
Tapak kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.


Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.


Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.


Sejauh mana berapa lama ketahanan Calm dan Sleep tu berfungsi pada bayi?
Balm ini BUKAN ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.


Kenapa lepas saya guna CF-Rub anak jadi kerap  muntah? Selesema pun asyik meleleh je?
Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-Rub balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.


Kenapa Sleep balm tak boleh sapu banyak?
Dalam Sleep Balm ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasanya anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 


Balm ini boleh guna serentak ke?
Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu sahaja.


Anak g6pd boleh guna?
Boleh. Ia tidak mendatangkan bahaya.


 Anak ekzema boleh guna?
Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengannya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.


Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-Rub. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-Rub tiada naik ruam pula. Kenapa ya? 
Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dalam CF-Rub. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya. Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.


Anak saya ada alergi. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
Cuba test sapu di pelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya.
Norfaiza | 012 - 220 2394



Wednesday, December 5, 2018

Sejarah Tasneem Naturel

Balm Tasneem Naturel mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi produk ini telah berada di pasaran 2 tahun usianya.
Genap setahun beroperasi iaitu pada November 2017, jualannya telah mencecah melebihi 50k unit balm. Alhamdulillah. Maksudnya apa? Maksudnya wujud permintaan yang tinggi.
Ikut sejarah, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder Tasneem Naturel dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih lebih terjamin dari sudut kebersihan.
Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masalah anak suka mengamuk.
Kalian pun mesti ada masalah anak yang sama kan?Kita faham, anak mengamuk/tantrum ada banyak faktor, antaranya;
• Tak cukup tidur
• Perut tak selesa
• Hidung tersumbat
• Panas
• Penat
• Letih bermain
dan lain-lain.
Jadi, Tasneem Naturel bantu sediakan solusi dengan menggunakan essential oils sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Basically, penggunaan essential oils inshaAllah dapat bantu menstabilkan hormon anak yang meragam.
Tasneem Naturel mengambil inisiatif untuk mengeluarkan solusi ini dalam bentuk 'balm' supaya para ibu mudah sapukan pada anak, mudah dibawa dan juga harga mampu milik. Sebabnya jika guna EO yang asal, kita kena dilute sendiri/DIY sendiri 2-3 jenis EO, baru ia dapat berfungsi dengan baik apabila dititiskan ke dalam diffuser. Itu baru kalau guna diffuser. Bukan balm ya.
Tapi di Tasneem Naturel, kita dah campurkan 6-7 jenis EO dalam satu-satu jenis balm. Banyak kan? Jadi ibu-ibu tak perlu susah-susah buka "lab" sendiri di rumah. Hehee. Plus, ianya lebih menjimatkan. Bayangkan kalau ibu-ibu buat sendiri balm dari EO, berapa kos agaknya nak kena keluarkan untuk beli 6-7 jenis EO?
Haa ini pengguna EO labih tahu kan? Inilah permulaannya. Selepas itu baru dikeluarkan 3 lagi jenis balm yang berbeza fungsinya tetapi ia adalah masalah tipikal anak-anak kecil. Maksudnya balm ini bukan lagi satu kehendak, tetapi ia sudah menjadi KEPERLUAN ibu-ibu diluar sana.
Itulah ringkasnya pengenalan dan sejarah Tasneem Naturel. Dan, ini adalah packaging terkini Tasneem Naturel Balm, dengan kolaborasi bersama Omar Hana. 5 jenis balm Tasneem Naturel telah menjadi fenomena kerana keberkesanannya dan selamat digunakan di semua peringkat usia dari bayi hinggalah dewasa.

Tuesday, December 4, 2018

Persediaan Sesi Persekolahan 2019

Diam tak diam, dah masuk minggu ketiga cuti sekolah hujung tahun 2018. Lebih kurang 3 minggu lagi, sesi persekolahan tahun 2019 akan bermula. Cepatnya rasa masa berlalu, kan? Apa aktiviti korang dengan family sempena cuti sekolah ni? 

Tak kira apa jua aktiviti kita pun, yang penting kita isi masa bersama anak-anak dengan berkualiti. Yelah, dalam kesibukan tugas kita sebagai ibu bapa, bekerja, berbisnes, dan apa jua sekalipun, masa bersama anak-anak dan keluarga tidak dapat dijual-beli. Jadikan setiap detik bersama adalah kenangan yang terindah untuk kita sebut dan kenang sampai akhir hayat. 

Bagaimana dengan persediaan untuk sesi persekolahan 2019? Dah beli ke barangan keperluan sekolah? Maklumlah, harga barang pun boleh tahan harganya. Yuran persekolahan pun nak kena ambil kira juga tu. Jadi, bila semua dalam perancangan dan bajet, InsyaAllah kita dapat sediakan keperluan persekolahan untuk anak-anak.


Tak semestinya pakaian sekolah semua nak bertukar baru, kan? Mana yang elok lagi tu, boleh jer guna semula. Kalau yang masih elok tapi dah tak muat dengan anak-anak kita, bolehlah disedekahkan. 

InsyaAllah, semoga keperluan anak-anak kita dapat disediakan dengan baik. Yang penting, buat list dulu apa yang perlu dibeli dan diutamakan. Ikut bajet, bukan ikut nafsu bila membeli. Eh, macam entry nak shopping persiapan raya pulak kan? 

Sehingga berjumpa lagi. Jika anda berminat nak tau mengenai produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya. Kalau berminat nak tau macam mana nak jana pendapatan dengan Tasneem Naturel pun boleh hubungi saya. Jomlah sama-sama tambah pendapatan. 

Hubungi saya:
Norfaiza : 012 - 220 2394

Monday, December 3, 2018

3 Tips Pengurusan Masa Wanita Bekerja

24 jam sehari pun masih tak cukup nak uruskan aktiviti harian dengan teratur dan berkesan? Mana nak uruskan rumahtangga, kerjaya dan diri sendiri. Sampai tahap diri sendiri rasa terabai. Pernah tak rasa macam ni? Saya pernah rasa. Memang stress jadinya. Sehinggalah, saya cuba uruskan masa saya dengan baik. 

Harini, saya nak share secara ringkas 3 tips pengurusan masa untuk wanita bekerja berdasarkan apa yang telah saya amalkan, dia ia memang berkesan. Caranya ialah:



1. Buat perancangan mingguan
Pada hari minggu, saya akan ambik Planner, dan mula buat perancangan untuk seminggu akan datang. Ianya dari segi:
  • Menu masakan harian 
  • Aktiviti bersama suami dan anak
  • Barang keperluan dapur atau rumah yang perlu dibeli


2. Sediakan bahan untuk masak selama seminggu
  • Pes masakan, lauk-siap potong dan cuci, simpan dalam peti ais


3. Iron pakaian untuk seminggu dan anak-anak uruskan keperluan sekolah mereka. 
  • Bila baju dah siap iron untuk seminggu, kan senang. Capai saja bila nak pakai. Memang jimat masa. Takderlah kelam-kabut malam atau pagi. 


Ini yang ringkas saja saya share, dalam entry akan datang, saya akan share banyak lagi tips pengurusan masa untuk wanita bekerja. Oh ye, wanita yang jadi WAHM atau berbisnes dari rumah pun sesuai amalkan tips ni tau. 

Semoga 3 tips pengurusan masa buat wanita ini membantu kita untuk jadi lebih effisen dan dapat menggunakan masa dengan sebaiknya. Kita juga kena sentiasa memohon pada Allah, agar diberikan rezeki masa yang berkat dan bermanfaat. Kita  boleh amalkan solat Dhuha setiap pagi, semoga Allah memberikan rezeki kelapangan masa buat kita. InsyaAllah.


Saturday, December 1, 2018

About

Assalamualaikum & Salam Perkenalan buat semua.

Saya Norfaieza. Saya adalah Tasneem Naturel Eksekutif Leader. InsyaAllah saya adalah Master Stokis to-be pada tahun 2019. Amin Ya Mujib. Mohon doakan saya dan team saya yer untuk capai matlamat kami dalam bisnes Tasneem Naturel.

Alhamdulillah, tercapai matlamat saya nak jadi Blogger sebelum berakhirnya tahun 2018. Semoga blog ini akan menjadi satu lagi channel untuk saya berkongsi tentang kehidupan, tips-tips kesihatan khususnya untuk anak-anak dan juga tentang bisnes yang saya dan team saya jalankan.

Sudilah Follow blog saya, dan sudilah juga tinggalkan jejak anda di ruangan komen blog ni yer. InsyaAllah saya akan Follow anda semula.

Sekali lagi, salam perkenalan daripada saya Norfaieza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...