Thursday, December 6, 2018

FAQ Tasneem Naturel

Siapa yang boleh guna balm TN?
Balm TN boleh dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.


Newborn boleh guna ke?
Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima.


Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 
Kami tidak menyarankan kepada bayi pra-matang. (Kelahiran di bawah 37 minggu), kerana hati (organ) si kecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.


Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-Rub. T-Rub membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat di-nyah-kan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan T-Rub. Namun begitu, kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.


Balm ini panas tak?
Balm ini tidak panas.


Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.


Balm ada expired date?
1 tahun selepas buka, 2 tahun jika belum dibuka


Sijil KKM ada tak?
Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
Sleep: NOT 170403429 K
Calm: NOT 170401988 K
CF-Rub: NOT 170402785 K
T-Rub: NOT 170402673 K
Skeenz: NOT 108405139 K


Ibu mengandung boleh guna?
Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandung.


Sleep Time tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki. Kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi? 
Tapak kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.


Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.


Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.


Sejauh mana berapa lama ketahanan Calm dan Sleep tu berfungsi pada bayi?
Balm ini BUKAN ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.


Kenapa lepas saya guna CF-Rub anak jadi kerap  muntah? Selesema pun asyik meleleh je?
Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-Rub balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.


Kenapa Sleep balm tak boleh sapu banyak?
Dalam Sleep Balm ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasanya anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 


Balm ini boleh guna serentak ke?
Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu sahaja.


Anak g6pd boleh guna?
Boleh. Ia tidak mendatangkan bahaya.


 Anak ekzema boleh guna?
Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengannya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.


Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-Rub. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-Rub tiada naik ruam pula. Kenapa ya? 
Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dalam CF-Rub. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya. Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.


Anak saya ada alergi. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
Cuba test sapu di pelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya.
Norfaiza | 012 - 220 2394



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...