Tuesday, December 4, 2018

Persediaan Sesi Persekolahan 2019

Diam tak diam, dah masuk minggu ketiga cuti sekolah hujung tahun 2018. Lebih kurang 3 minggu lagi, sesi persekolahan tahun 2019 akan bermula. Cepatnya rasa masa berlalu, kan? Apa aktiviti korang dengan family sempena cuti sekolah ni? 

Tak kira apa jua aktiviti kita pun, yang penting kita isi masa bersama anak-anak dengan berkualiti. Yelah, dalam kesibukan tugas kita sebagai ibu bapa, bekerja, berbisnes, dan apa jua sekalipun, masa bersama anak-anak dan keluarga tidak dapat dijual-beli. Jadikan setiap detik bersama adalah kenangan yang terindah untuk kita sebut dan kenang sampai akhir hayat. 

Bagaimana dengan persediaan untuk sesi persekolahan 2019? Dah beli ke barangan keperluan sekolah? Maklumlah, harga barang pun boleh tahan harganya. Yuran persekolahan pun nak kena ambil kira juga tu. Jadi, bila semua dalam perancangan dan bajet, InsyaAllah kita dapat sediakan keperluan persekolahan untuk anak-anak.


Tak semestinya pakaian sekolah semua nak bertukar baru, kan? Mana yang elok lagi tu, boleh jer guna semula. Kalau yang masih elok tapi dah tak muat dengan anak-anak kita, bolehlah disedekahkan. 

InsyaAllah, semoga keperluan anak-anak kita dapat disediakan dengan baik. Yang penting, buat list dulu apa yang perlu dibeli dan diutamakan. Ikut bajet, bukan ikut nafsu bila membeli. Eh, macam entry nak shopping persiapan raya pulak kan? 

Sehingga berjumpa lagi. Jika anda berminat nak tau mengenai produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya. Kalau berminat nak tau macam mana nak jana pendapatan dengan Tasneem Naturel pun boleh hubungi saya. Jomlah sama-sama tambah pendapatan. 

Hubungi saya:
Norfaiza : 012 - 220 2394

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...