Monday, December 3, 2018

3 Tips Pengurusan Masa Wanita Bekerja

24 jam sehari pun masih tak cukup nak uruskan aktiviti harian dengan teratur dan berkesan? Mana nak uruskan rumahtangga, kerjaya dan diri sendiri. Sampai tahap diri sendiri rasa terabai. Pernah tak rasa macam ni? Saya pernah rasa. Memang stress jadinya. Sehinggalah, saya cuba uruskan masa saya dengan baik. 

Harini, saya nak share secara ringkas 3 tips pengurusan masa untuk wanita bekerja berdasarkan apa yang telah saya amalkan, dia ia memang berkesan. Caranya ialah:



1. Buat perancangan mingguan
Pada hari minggu, saya akan ambik Planner, dan mula buat perancangan untuk seminggu akan datang. Ianya dari segi:
  • Menu masakan harian 
  • Aktiviti bersama suami dan anak
  • Barang keperluan dapur atau rumah yang perlu dibeli


2. Sediakan bahan untuk masak selama seminggu
  • Pes masakan, lauk-siap potong dan cuci, simpan dalam peti ais


3. Iron pakaian untuk seminggu dan anak-anak uruskan keperluan sekolah mereka. 
  • Bila baju dah siap iron untuk seminggu, kan senang. Capai saja bila nak pakai. Memang jimat masa. Takderlah kelam-kabut malam atau pagi. 


Ini yang ringkas saja saya share, dalam entry akan datang, saya akan share banyak lagi tips pengurusan masa untuk wanita bekerja. Oh ye, wanita yang jadi WAHM atau berbisnes dari rumah pun sesuai amalkan tips ni tau. 

Semoga 3 tips pengurusan masa buat wanita ini membantu kita untuk jadi lebih effisen dan dapat menggunakan masa dengan sebaiknya. Kita juga kena sentiasa memohon pada Allah, agar diberikan rezeki masa yang berkat dan bermanfaat. Kita  boleh amalkan solat Dhuha setiap pagi, semoga Allah memberikan rezeki kelapangan masa buat kita. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...